Archive | Family RSS feed for this section

My daughter and I were featured in an American magazine last year!

1 Feb

Puteri bongsu

5 Mar

Bayi perempuan ketiga saya telah dilahirkan pada hari Rabu, 12 September 2007 di Hospital Tanah Merah tepat jam 11.20 pagi. Uniknya tentang tarikh ini kerana dia dilahirkan pada 30 Syaaban 1428. Sebenarnya dia dilahirkan lewat 12 hari, jadi doktor terpaksa menyuntik ubat ‘induce’ kepada isteri saya bagi membolehkan isteri melahirkan bayi ketiga kami. Alhamdulillah, bayi kami, Nur Alin Dahlia binti Marzuki dilahirkan dengan selamatnya. Pada awalnya senang untuk menjaga Alin kerana dia tidak banyak meragam. Cuma bila dia dahaga, buatkan susu dan jangan lupa menukar lampin dia bila tiba masanya. Bila usia dia mencecah 3 bulan, dia sudah boleh meniarap. Pada masa ini dia sudah pandai meragam untuk menarik perhatian kami. Menjaga dia kini menjadi semakin mencabar kerana kami sudah ada 3 dara. Kini kami suami isteri ingin berehat dari ‘memproses’ anak buat seketika. Tunggulah Alin berusia 5 tahun, barulah kami memikirkan apa yang patut dilakukan seterusnya.

alin1.jpg

alin2.jpg

alin3.jpg

alin4.jpg

alin5.jpg

Puteri tengah

5 Mar

Pada hari Selasa, 17 Januari 2006 bersamaan dengan hari Selasa, saya dan isteri telah dikurniakan dengan cahayamata kedua. Bayi perempuan seberat 3.6 kg dilahirkan di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu. Kelainan pada bayi ini ialah dia dilahirkan dengan rambut keriting, berbeza dengan kakaknya. Tidak sampai 60 hari, Nur Alis Dalili binti Marzuki terpaksa dihantar ke taska bersama dengan kakaknya kerana isteri saya terpaksa bekerja di kedai makan ibubapa beliau. Apabila anak sudah bertambah, perbelanjaan juga meningkat, jadi saya kena berbelanja secara berhemah. Dalili sangat aktif berbanding dengan kakaknya kerana pada usia 11 bulan, dia sudah boleh berjalan. Mungkin kerana dorongan dan bantuan kakaknya. Mereka berdua bermain, makan, tidur dan bermain bersama-sama. Bergaduh pun kerap juga. Biasalahkan, budak-budak namanya. Cuma Dalili mudah diserang demam dan selsema dan lambat pula untuk pulih. Dia pernah dimasukkan ke Hospital Tanah Merah selama 5 malam kerana demam dan batuk. Tapi apa yang pasti dia amat ringan tulang berbanding dengan kakaknya.

alis1.jpg

alis2.jpg

alis3.jpg

alis4.jpg

alis5.jpg

Puteri sulung

5 Mar

Anak pertama saya dilahirkan tepat jam 8.10 malam, pada 16 Jun 2003 bersamaan dengan hari Isnin di Hospital Besar Kota Bharu. Saya berada di dewan bersalin untuk menyaksikan isteri melahirkan anak pertama kami. Ada sedikit kegusaran di hati saya sebelum bayi keluar menjenguk dunia, tetapi apabila detik-detik kelahiran semakin hampir, saya menjadi semakin teruja dan gembira untuk menyambut bayi tersebut. Anak pertama kami diberi nama ‘Nur Anis Dalilah binti Marzuki’. Pada tahun pertama dalam hidupnya dia dijaga oleh isteri saya di rumah. Tetapi apabila usianya 8 bulan dia dijaga oleh pengasuh kerana isteri saya menerima tawaran sebagai guru ganti selama 5 bulan. Kemudian isteri saya disuruh oleh ibubapa mertua untuk membantu mereka di kedai makan. Jadi, anak sulung kami dihantar ke taska atau ‘nursery’ untuk dijaga semasa kami pergi bekerja. Kini usia Nur Anis Dalilah sudah mencecah 5 tahun dan dia suka berhias. Mungkin ini kerana pengaruh ‘Mummy’ dia. Dia juga gemar membeli, mengguna dan memakai barangan ‘Barbies’ dan ‘Princess’. Banyak duit dibelanjakan untuk perkara tersebut. Pesanan ‘Daddy’ untuk Nur Anis Dalilah, jadilah kakak yang bertanggungjawab dan bantulah ‘Mummy’ dan ‘Daddy’ mengemas rumah dan menjaga adik-adik.

anis1.jpg

 

anis2.jpg

anis3.jpg

anis4.jpg

anis5.jpg

My little angel, Nur Alin Dahlia

28 Jan

Anis dan Alis

23 Jan

My first and second girls।

Alin n amir

22 Jan

Dua sepupu
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.