Archive | July, 2009

TEKS MUFTI PERAK MENGHADAP SULTAN PERAK..

28 Jul

“Maksud Hadith rasulullah S.A.W. : “Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku”.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini.
Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.
Bencana umat Islam
Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).
Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya.
Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu. Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati dari Islam tiada. Ini berbeza dari kalangan bukan Islam. Hatta, peguam/pemerhati dari Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang. Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara ini.
Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telahmenjadi bagaikan telur di hujung tanduk.
Gerakan Kristian dan Hinduisme
Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.
Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.
Majlis Raja-Raja Bangkitkan:
1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.
Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.
Di Uzbakistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.
Serangan aqidah di Malaysia
Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat. Serangan pemikiran.
1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti mereka.
2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang dari sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima oleh para paderi Kristian.
Ini yang menjadikan Kristian berpecah pada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian dari mazhab Roman Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yang dibawa ke dalam dunia Islam. Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia . Mereka menguasai universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu
sah. Faraid dan hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.
Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.
Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3 murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.
Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang. Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani.
Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan. Kini, Filem-filem Bollywood juga di gunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia. Harap kepada siapa?
Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa Jakim, Jabatan Agama atau pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu muslim.
Allah S.W.T berfirman:
“Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan).”
Peringatan-Peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di Acheh dan Bangladesh?
Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.
Demikian, sedikit ringkasan. Wallahu a’lam
Dato’ Harussani Bin Zakaria
Mufti Diraja Negeri Perak

WAU

24 Jul

‘Wau’ or kite flying is another popular pastime of the Kelantanese. The kites come in all sizes and shapes, the most popular being the ‘wau bulan’ or moon kite which measures about 3.5m from head to tail. Kelantan kites are fashioned in various forms with appropriate names to match them. As it sails into the breeze which carries it aloft for all to see, it looks like it is dancing in the air. Pre-harvest time is the best to visit and watch these kites gliding above rustic, rural villages. For tourists, small kites meant for souvenirs are easy to carry home and can be found everywhere in Kota Bharu.

KISAH SANTAN!!

19 Jul

Tersebut lah kisah tentang si Minah yg sewel separuh otak dek kerana jatuh dari katil kerana aksi tidur yg agak lasak… pusin sana pusin sini..last last terjatuh mereng kepala hotak separuh…. hehehe… okey.. tersebut lah kisah, satu hari dimana Ibunya sedang tengah sebuk memasak hidangan tengahari….
Ibu : Minahhhhhhhh….. meh tolong mak sat… gi kedai Pak Abu duda tu, tolong belikan mak Santan Kelapa….!!
Minah: oke mak …. bak sepuluh rengget..!
Ibu: Ape nye sampai sepuluh ringgit nak beli santanya Minah oiii….!! Nah Amik seringgit ni belikan mak santan…
Si Minah pun bergegas ke kedai runcit Pak Abu duda.. yg tak berapa jauh dari umah…… adelah 80 meter jauhnye… .. sesampai ke kedai Pak Abu… kelihatan ramai anak2 muda dan belia kampung sedang bermain Dam haji ditepi kedai si Pak Abu.
Minah: Pak Abu …!! PAk Abu !! Mak nak soh kita beli Santan kelapa lah…… nah seringgit….. Mak kata cukup ni…!!
Pak Abu dan bebudak muda2 semua ambil acuh tak acuh dengan kehadiran si Minah yg depa tau mereng separuh hotak ni… tak kuasa depa nak amik pot….
Si Rizal … tetiba membisikkan sesuatu kepada telinga si Pak Abu duda yg duduk disebelahnya,…… si Pak Abu duda pun lalu menyahut dan menyapa si Minah kembali…
Pak Abu: Minah….. Mmmmm cantik skirt awak..!!.. hehe,…. MMmm okay sebenarnya santan dah abih…. kelapa belum sempat petik kat pokok kelapa tu hah… ….. lutut pak Abu ni dah tua tak bule memanjat dah….. .. camnilah.. kalu Minah tolong panjatkan… Pak Abu kasik freeeeee…….(Sambil senyum sinis kepada semua yg tengah main dam kek situ)
Minah : Tinggi lahh Pak Abu.. mana sampai……!!
Pak Abu : Uiissssshhhhh…. ade tangga ni hah……. kami semua ni pegang tangga kat bawah, sambil Minah panjat atas amikan kelapa tu..
(jerat pak abu menskodeng si Minah mereng kian masuk jarumm…..)
Minah : Mmmmmm… okey kot… tapi pak abu semua pegang baik baik tau tangga ni…… nanti Minah campak kelapa kat bawa… sambut tauuuu!!!
Pak Abu ngan Ulat2 dam : Boley ajaaaaaaaaa………
Si Minah pun memanjat….. dan tercapai lah hajat si Pak Abu ngan kaumnya melayan nafsu menskodeng si Minah…!!!
Setiba di rumah dengan santan nya…
Ibu: Ape kene sampai sejam ko ni pegi beli santan kat kedai tu hahh Minah!!! Mana ko merewang pulak tadi..??
Minah : Eh takdelah Mak…. tadi Pak Abu tu soh Minah yg panjat sendirik pokok kelapa tu .. pastu dia kasik lah santan tu free kat Minah…….. nah amik serenget balik..!!
Mata mak minah tetiba mebulat terkejut……
Ibu : Apaaaaaa!!!!!! yg ko pegi ikut cakap diorang tu kenapa????? diorang tu amik kesempatan kat engkau lahhhhhhhhhhh!!!!! (tempik ibu si Minah maraah!! )
Minah: iye ke mak??? mana ade…..@!!
Ibu: Hissshhh ape nak jadi dengan kau ni…… Pak Abu tu semua cuma nak ambil kesempatan kat engkau … depa nak intai kat dalam skirt kau tu hah…!!!
Minah: lah… apsal pulak diorang nak tengok kat dalam skirt ni??? (tanya Minah bingung?? )
Ibu: haissshhh… umur je dah 25!!! penat lah Mak nak eksplen kat kau ni…diorang nak intai seluar dalam kau tu lah…… (muka mak Minah makin merah dek marah!!)
Tetiba si Minah gelak tak ingat2…!!!! membuatkan maknya kehairanan tahap maksimum…….
Minah: Hahahaha… haha.. bodoh lah diorang tu mak….!!
Ibu: Apahal dengan ko ni….? Apa pulak tak kene ni??
Minah: AHAHAHAHAa…. kalu diorang ingat diorang pandai… Minah lagi pandailah mak…….!! jangan risau lah mak… diorang tak dapat tengok lah suar dalam Minah tadi…. Conferrrrrm!!
Ibu: lah iye ke….. kamu kata kamu…(belum sempat mak minah menghabiskan pertanyaan… )
Minah: Minah tak pakai suar dalam lah Mak !!!
Ibu: *%&! @ #(Pengsan)

SEPAK BULU AYAM OR KICKING OF SHUTTLECOCK

14 Jul

This is a very old traditional leisure sport played after the paddy harvesting season. The players form a circle and using their feet, knees and heads, pass a feather ball from one person to another. The winner is the team that has the highest number of passes before the ball finally drops to the ground.

LIFE IS A GIFT

10 Jul

Today…..
Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who cant speak
Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat
Before you complain about your husband or wife
Think of someone who’s crying out to God for a companion
Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven
Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they’re barren
Before you argue about your dirty house someone didn’t clean or sweep
Think of the people who are living in the streets
Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet
And when you are tired and complain about your job
Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job
But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker
And when depressing thoughts seem to get you down
Put a smile on your face and thank God you’re alive and still around
Life is a gift
Live it…
Enjoy it…
Celebrate it…
And fulfill it.

KEMUSYKILAN AGAMA: PERBUATAN YANG BOLEH JATUH ZIHAR

7 Jul

Kemusykilan Agama Bersama Siti Norbahyah Mahmood
SOALAN: ADAKAH zihar (suami) menyamakan isteri dengan ibunya (suami) akan jatuh jika suami menyatakan sesuatu perkara kepada isteri menyerupai ibunya dari segi perbuatan atau perangai bukannya dari segi bentuk fizikal (bentuk tubuh badan) seperti suami berkata: “Awak macam ibu saya suka marah-marah”. Adakah ayat seperti ini akan jatuh zihar?
Mas,
Melalui e-mel.
JAWAPAN: ZIHAR menurut istilah fiqh dalam hukum syarak iaitu menyerupakan suami akan isterinya dengan belakang ibunya atau lainnya daripada mahram-mahramnya, atau dengan anggota daripada beberapa anggotanya. Maka berkata suami kepada isterinya: “Engkau atas aku seperti punggung ibuku”.
Ulama bersepakat bahawa suami yang menzihar isterinya hukumnya adalah haram. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan sesungguhnya mereka memperkatakan sesuatu perkara yang mungkar dan dusta” (Surah al-Mujaldalah:2). Ayat ini sebagai dalil bahawa menziharkan isteri itu adalah haram.
Sekiranya seorang suami berkata kepada isterinya “belakang engkau atau kepala engkau atau tangan engkau dan sebagainya serupa dengan belakang ibuku atau serupa dengan kepala ibuku atau serupa dengan tangan ibuku” maka ini dianggap zihar.
Ini kerana, suami menyerupakan isterinya dengan salah satu dari anggota-anggota yang zahir. Tetapi apabila seorang suami menyerupakan isterinya dengan ibunya bukan pada anggota zahir, bahkan yang diserupakannya itu ialah anggota batin seperti hati, jantung, maka tidaklah dinamakan zihar.
Begitu juga tidak dinamakan zihar jika suami itu menyerupakan isterinya dengan barang yang bukan menjadi sebahagian dari anggota. Seperti menyerupakan air liur atau air susu isterinya dengan air liur atau air susu ibunya.
Dan tidak juga dinamakan zihar jika suami menyerupakan tabiat isterinya, masakannya, suaranya dan lain-lainnya dengan tabiat ibunya, masakan ibunya, suara ibunya dan lain-lainnya. Kerana itu tidak termasuk dalam bahagian anggota. Oleh yang demikian, bagi pemasalahan puan hukum zihar tidak jatuh.

Seloka Akhir Zaman

4 Jul

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat,kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS,
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,
KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat,
orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat,
tak dapat minum madu telan jer la minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ‘bukti’ lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat,
jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.

Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah…Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.